Webiner NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat
23 November 2024 | Aktiviti TerkiniPada 22 November 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Webiner NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat yang diadakan menggunakan platform Google Meet. Tujuan webinar ini adalah untuk mengajar petugas NADI tentang cara untuk mendaftarkan pelajar dan penggunaan sistem DiLea.
Dalam sesi webinar ini, petugas telah diajar cara untuk log in ke dalam sistem DiLea menggunakan username dan password yang telah dikongsi sebelum ini. Kemudian, petugas diterangkan mengenai alatan-alatan yang terdapat dalam sistem DiLea dan fungsi setiap alatan tersebut. Programmer program DiLea telah menerangkan setiap langkah bagaimana petugas dapat mendaftarkan pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 yang ingin menyertai program ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: